Friday, 28 June 2013

Hari Anugerah Cemerlang SMKP

assalamualaikum...

yuhuu...kemarin iaitu khamis lepas...27-06-2013...pewh...dengan tarikh lengkap kau...hahaha...hari anugerah cemerlang peringkat sekolah telah berlangsung dengan cunnya...even tak la grand terlebih kan..tapi cun arr..hahaha..aku pun dah pening nak taip apa ha...hahaha..apa pun layans...





kakak and adik..ready to go...


pink ladies yo...dari kiri hidayah..nabila..baizuri..




gadis mangga mengapit mama zainab ku!

fatin and yana...

geng gamelan..pewh...aku suka irama klasik...hahaha


mc on the day! radhi and alia..

aziz and adam..

pembawa tombak yo!

laksamana yang tak sempat diberi nama...haha

brass band on the group yo!


peace!

geng gamelan yang sibuk semedang...

malu la cikgu ni...

head prefect and hot mc yo!

ini semua poyo!

geng gamelan dengan cikgu penasihat..

peminat setia dua orang ni...hahaha

wahid is smiling...

faie model tak laku..huhuhu

mama zainab ku!!!!

kak asma

ok..motif nak makan bekas tu???

geng nasyid yo!

my papa nazari..hehe

papa radhi and team nasyid..hehe

aku tak tahan la dok ngan cikgu ni..ketawa tak habis..hahaha 

mama zalina!!!

muehehe...tu la sikit sebanyak gambar hari tu...ok la..nak sambung merapu dengan kawan2 sekelas aku kat we chat jap...kalau nak joint on ja...add la id we chat aku...kita borak sesama k...hehhehe

(2229 hours)




Saturday, 22 June 2013

Kisah Masyitah dan Anaknya

assalamualaikum...

di sini aku nak share cerita tentang wanita islam di zaman Rasullullah...kisah Masyitah dan Anaknya....


Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.

Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam. 

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. 

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. 

Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "ItulahMakam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. 

Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia. Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?

Kisah ini dipetik dari sini

(2238 hours)

Darul Aman Park, Jitra

assalamualaikum...
jom dtg sni...santai2 + riadah kt sni...cantik...boleh berkayak...main paint ball...sewa boat kayuh pusing kolam...drive buggie keliling kolam...naik kuda...muehehe

Tuesday, 11 June 2013

My Little Paris

assalamualaikum!!!

perasaan......HAPPY!!!! ALHAMDULILLAH....hehehehe...my blog dah cantik...thanks dear blue hippo...sayang hang!

to those yang nak tinggalkan link...tinggal jejak kat c box k...kita follow-mengfollow ya...


( 1911 hours)

Monday, 10 June 2013

Under Construction

assalamualaikum...

ok guys..kawan aku yang tercinta a.k.a fieqah iaitu the owner of THIS cute blog banyak tolong aku make over blog aku..lepas entry "kesian" aku yang lalu,( erk??hehehe...) blog aku telah di make overkan..still in construction...tapi insyaallah it will look nice after this...hehehe...to those yang tinggalkan link sorry tau tak dapat follow lagi...insyaallah dalam masa terdekat ni aku akan follow korang...aku tak kisah siapa follow siapa dulu...janji kita follow mengfollow k..

to GIORGIO...thanks atas sokongan yang diberi kepada szar...terharu tau...baca ja comment ada insan yang sudi bagi sokongan kepada blogger yang tak berapa baru macam szar ni...hehehe...

about this dear fieqah...hehehe...ceritanya fieqah ni sekelas la dengan aku dan memang tempat rujukan aku tak kira tentang pelajaran ataupun tentang dunia blog ni...kemarin iaitu ahad lepas aku mengadu ala-ala kucing perlukan perhatian dekat fieqah tentang kebuntuan aku untuk tatariaskan blog aku ni...bagai kucing aku yang nampak orang nak ngap roti...nak sangat tapi tak dapat buat sendiri...( apa kena mengena aku pun tak tahu..hehehe..) fieqah offer la nak tolong aku dan aku apa lagi..terus gumbira la muka + hati = bahagia...hahaha...

aku sangat-sangat lega...hehehe...serious tabik spring dekat fieqah dan bloggers yang seangkatan dengannya...aku tengok kod sampai berpuluh kali pun still berpeluh tanpa menggerakkan maouse or menarikan jari-jemari aku atas keypad sebab kepeningan yang amat...diorang dengan mudah 'main' kod-kod tersebut kau! hehehe...pakat IT betul la...hehe

ok la...tujuan aku update ni nak hilangkan boring + nak luah rasa terharu dan berterima kasih aku kat sini...aku tak sepatutnya online hari sekolah...tapi mak aku baik hati hati malam ni sebab aku tak perlu gosok baju or buat homework malam ni...hehehe...saaaaaayang mak!!!


(2112 hours)

Friday, 7 June 2013

Rendah Diri Tetiba

assalamualaikum...

kenapa????!!!!!huhuhu...blog aku tak wow! macam kebanyakan blog aku follow...sedih...aku tak reti nak makeup luar kotak macam diorang...otak aku tak cukup pandai tangkap lagi...huhuhu...kesedihan menyelubungi diri...  

tapi!!! insyaallah..ada usaha ada jalan..cepat atau lambat bukan??? doakan lah kejayaan aku ya...and sorry sebab blog aku still tak meletops lagi...



( 2130 hours )

Saturday, 1 June 2013

Butterfly Fly Away - Miley Cyrus Official Video (Without Billy Ray Cyrus)






LYRICS:

You tuck me in,
Turn out the light
kept me safe and sound at night
little girls depend on things like that

Brush my teeth and comp my hair
had to drive me everywhere
you were always there when I looked back

You had to do it all alone
Make a living, make a home
Must have been as hard as it could be

And when I couldn't sleep at night
Scare things wouldn't turn out right
you would hold my hand and sing to me

Caterpillar in the tree, how you wonder who you'll be
can't go far but you can always dream
Wish you may and wish you might
don't you worry hold on tight.
I promise you there will come a day
Butterfly Fly Away
Butterfly Fly Away (butterfly fly away)

Flap your wing now you cant stay
Take those dreams and make them all come true
Butterfly Fly Away (butterfly fly away)
We been waiting for this day
All along and know just what to do
Butterfly,
Butterfly,
Butterfly,
Butterfly Fly Away

(Butterfly Fly Away)
(Butterfly Fly Away)

#jangan lupa pause dulu lagu the climb...
* tersentuh dengan lirik lagu ni...khas buat my family members..terutamanya mak dan ayah...thanks..

(2137 hours)