Friday, 7 March 2014

Apa yang telah kita buat???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum...

"Dan bertaqwalah kepada Tuhanmu yang dengan ( mempergunakan ) nama Nya dan ( peliharalah ) hubungan silaturahim.Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu "
-surah An Nissa..ayat 1.

Aku ingat lagi tazkirah yg Dr Ridwan Tee bagi masa pentas akhir Pencetus Ummah...tentang ibu...kita ada ibu...kadang-kadang...kita lupa nak bersyukur...Allah bagi kita ibu dan keluarga yang seagama dengan kita...yang mengajar kita ucap BasmAllah...yang ajar kita macam mana nak puasa...macam mana nak solat...MasyaAllah...beruntungnya kita...lagi bertambah sedih hati aku...bila aku ada kawan yang bukan Islam...tapi...apa yang aku buat untuk kawan-kawan aku kenal Islam? aku tahu...ada yang betul-betul minat dengan Islam...tapi apa yang aku buat? setiap kali masuk kelas...aku bagi salam...yang jawab dia...setiap kali aku terlupa...dia yang cakap Astagfirullah...

Bila pelakon Adam Corrie tanya soalan bagaimana nak ajak orang bukan Islam masuk Islam dan macam mana nak ajak orang yang ajak kita murtad untuk peluk Islam...aku terus nangis...sebab apa...orang yang baru 7 tahun peluk Islam sentiasa berfikir macam mana nak ajak orang bukan Islam peluk Islam...kita yang sedia Islam ni...adakah sentiasa berfikir strategi yang sama? SubhanAllah...jawab Dr Ridwan Tee...kita perlu tunjuk contoh yang baik...contoh bahawa agama Islam ni baik...aman...malah...Islam ni juga bermaksud Sejahtera...maksud yang yang sangat mendalam dan meluas...kita yang Islam...jangan kita letak sempadan antara muslim dan non muslim...

Meskipun kita berlainan agama...jangan kita putuskan hubungan antara kita dan mereka...kalau kita berubah...jangan tinggalkan mereka di belakang...tarik tangan mereka bersama kita...supaya kita bersama dapat rasa nikmatnya perubahan yang sudah jadi...

# mintak maaf sebab aku dah lama tak update entry...doakan aku mampu hadapi ujian yang datang dan berjaya melaksanakan amanah yang telah diberi...

*jika ada yang mahu berkongsi ilmu atau ada cadangan untuk saya membuka topik ataupun sebarang soalan...sila tinggalkan comment anda...respond anda sangat dihargai...:)