Monday, 21 July 2014

Doa Kami Sentiasa Bersama Kalian!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!

Di saat Syawal menjelang tiba,

Langsir perlu ditukar,
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap.

Baju baru mesti beli, 
sedang baju mereka berlumuran darah.

Kasut baru dua pasang,
sedang mereka hancur kakinya.

Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung,
agar tertutup aurat ketika jasad ditemui.

Duit raya paling best,
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji.

Takbir raya paling syahdu,
sedang takbir mereka untuk para Syuhada.

Famili ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, di mana famili mereka?

Bunga api dan mercun di malam hari,
sedang mereka dihujani bom dan roket
sepanjang hari.

Kita mencium tangan ayah dan ibu,
sedang mereka mengucup dahi ibubapa
yang sudah tidak bernyawa.

Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara

Saling berpelukan bermaafan antara kita,
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan

Jiran tetangga dijemput makan,
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan.

Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi,
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital.

Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!

Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!

Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya, Jabaliyah dan Rafah!

Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!

Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim

dari lelehan darah calon ahli Syurga

dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian

dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba …

Di hari raya ini,

suara kemanusiaan telah terbungkam
di sebalik lagu raya, ketupat dan rendang …

simpati dan kasihan bermusim cuma
dihitamkan dengan tayangan Hari Raya Pertama …

alunan takbir, tahlil dan tahmid
berbeza antara dua benua …

Hari Raya kali ini
begitu tidak bermakna sekali rasanya
ketika memikirkan 
Hari raya kita, 
Hari raya mereka!

# like page 'Aman Palestine' di facebook dan dapatkan info-info terkini tentang nasib saudara-saudara kita di Gaza...

#prayforgaza

Friday, 18 July 2014

Terkini Mesir 18/07/14

18 Julai 2014 - Israel telah melancarkan operasi darat di Semenanjung Gaza petang ini untuk menghentikan serangan roket, menurut tentera.
Keadaan ini menjadi lebih buruk di Gaza, manakala ruangan kereta kebal memasuki kawasan di dalam peningkatan utama serangan, Gaza terus menghadapi serangan berat. Selepas 'gencatan senjata kemanusiaan' agak tenang yang berakhir pada pukul 3 petang hari ini, Israel telah membunuh sepuluh Palestin dan telah memperbaharui serangan udara di seluruh Gaza.
Sekitar 10:00 malam ini Perdana Menteri Israel Netanyahu Sarakham mengumumkan permulaan serangan darat di Gaza yang bertujuan untuk memusnahkan infrastruktur roket melancarkan penentangan Palestin.
Media Israel melaporkan bahawa Netanyahu diberikan kebenaran untuk tentera Israel memulakan operasi tanah malam ini. Mereka juga telah mengisytiharkan sempadan utara dan timur Gaza dengan Israel ditutup zon ketenteraan di mana walaupun wartawan dilarang.
Laman web Ynet Israel melaporkan bahawa infantri, perisai, kejuruteraan, meriam dan perisikan tentera bekerja dalam kerjasama dengan laut dan udara, dengan bantuan dari Bet Shin dan pasukan keselamatan lain, dan diterajui oleh Perintah Selatan.
Mereka terus mengatakan bahawa Angkatan pendudukan Israel merancang untuk mengambil alih kawasan di Gaza dan bekerja untuk mencari dan memusnahkan pangkalan rintangan Palestin di kawasan-kawasan ini. Tentera itu juga telah disediakan peringkat tambahan beroperasi, termasuk mendapatkan semua jalan ke pantai Gaza.
Pada masa ini terdapat laporan pertempuran di Beit Lahya, utara Gaza, dan di timur Khan Younis, selatan Gaza, antara penentangan Palestin dan tentera Israel. Yang terakhir ini menyerang melalui udara dan tanah, dengan kapal terbang tentera dan kereta kebal. Terdapat juga melaporkan serangan berterusan timur Rafah, di sebelah lapangan terbang yang musnah, dan beberapa kecederaan serius akibat serangan berat. Sesetengah sumber melaporkan mungkin ada sudah menjadi beberapa mangsa.
Sumber: PNN/Gaza   *|*  
Terjemahan: *Mohd Faizalfikrri *(Sukarelawan AP)
copyright © 2004-2014 aman palestin berhad
emel: office@amanpalestin.net

Wednesday, 16 July 2014

Hidayah itu Milik Allah yang Mutlak

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Assalamualaikum w.b.t...

Siapa yang nama hidayah??? Orang tu sangaaaaaat istimewa...dan orang yang dapat hidayah ni pun istimewa! Hehehe...saje je...ok...haritu...aku tengah buat essay...then suddently something bump into my mind...( orang lain buat essay aku sembang dengan teacher...tolong la jangan contohi...=_=' ) tentang one of my teacher in SMK Pendang...she is so kind...she's an indian...tapi aku sangat hormatkan Mdm J ( cukup la aku tulis capital word of her name )...

Mdam J seorang penganut agama Singh..sangat aktif dalam aktiviti2 keagaamaan sampai dianugerahkan pingat oleh D.Y.M.M Sultan Kedah atau Agong kita sekarang...walaupun begitu...Mdm J sangat hormat dekat penganut agama lain...kalau cakap tentang agama Islam...Masya Allah...kadang-kadang kita pun kalah...bukannya apa...Mdm J bukan bertanyakan soalan...tetapi mengupas jawapan...soal pakaian...walaupun Mdm J ni kira dalam zon yang mantop...tapi Mdm J sangat menjaga etika pemakaian...bukan hanya dalam kawasan sekolah...malah di luar pun sama...aku tak pernah nampak Mdm J pakai baju yang sendat dan seksi...pakaian Mdm J di sekolah hanya baju kurung dan kebaya labuh...tiqda fesyen yang pelik-pelil...tutur kata Mdm J pula sangat sopan...

Kalau Mdm J terkejut...keluarlah kalimah suci yang kadang-kadang kita sebagai umat Islam tinggal dan lupa...bukannya OMG atau What The........tapi Astagfirullah dan Masya Allah...SubhanAllah...dan In Sya Allah tu macam satu kebiasaan...Mdm J seorang yang suka travel...biasa la..cikgu-cikgu ni...cuti panjang memang merantau la...hehe...dan teacher aku cerita...time tu dalam bas...semua yang muslim nak turun solat...Mdm J la yang pesan buat jamak la...jangan lupa bawa telekung...solat khusyuk-khusyuk... ALLAH...aku rasa touching sangat...

Selalu jugak cikgu-cikgu dalam bilik guru usik Mdm J...bila nak masuk Islam? Mdm J senyum je dan jawab,
" I tak dapat HIDAYAH dari ALLAH lagi la... "
See? Mdm J pun tahu tentang hidayah ni...

Aku teringat firman ALLAH yang ni
" "
Surat Ali Imran , ayat

Kita yang sudah menjadi Islam dari lahir ni... bersyukurlah...
Alhamdulillah... ALLAH pilih kita! Walaupun dalam dunia ni ramai lagi yang lagi baik dan bagus dari kita ...ALLAH tetap pilih kita... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni tak layak untuk jadi hamba ALLAH.... Banyak sangat dosa dan maksiat yang aku lakukan di muka bumi ini...tapi aku berpegang pada satu...ALLAH itu Maha Pengampun...sujud dan berceritalah kepada-NYA...

Kenapa semakin ramai Muallaf?bukan sebab mereka semua tu tak suka dengan harta benda mewah...bukan juga sebab mereka seorang yang tiada pegangan agama...tapi semua tu sebab niat mereka yang ALLAH restui lalu diberikan Hidayah...bukti tanda cinta dan kasih-NYA kepada kita... Masya Allah... Mereka beruntung...kita pun sangat beruntung...jangan sia-siakan apa yang telah diberi...hargailah setiap satu yang kita dapat...kita sendiri tak dapat bayang apa yang akan jadi bila pemberian itu hilang... ^_^